Skip to main content

Posts

Tarbiyatul aulad dan hijrah

Banyak nak share pasal tarbiyatul aulad. Padanlah ustazah dok suruh kahwin cepat, penat ya jaga budak. Nanti karang dah pencen anak baru nak masuk sekolah, penat nak jaga, kesian lepas tu kita mati adik beradik dia yang kena jaga. Tiberrrr 😂 bukan nak share tu sebenarnya. Bila suruh dia solat, liat betul nak solat, tapi bila ajak jom solat sama, dia okay seronok. Sekarang baru faham rasa penat jadi ibu (walau tak fully) nak kena fikir masak diorang makan, kejut bangun suruh mandi, nak buat kerja sendiri lagi, urus rumah, laundry, cuci pinggan mangkuk. Tapi rasa seronok, mungkin ini yang dimaksudkan sejuk perut ibu mengandung, rasa senang bila solat sama, tengok diorang makan, mewarna sama². Waktu mula² diorang kata nak tinggal sini, duduk dengan kakak, aku macam, ya Allah aku dah lah tak pandai dengan budak. Orang besar tengok aku pun takut kata aku garang, karang budak kecik ni takut nangis ja. Tapi eventually maybe ini tarbiah yang Allah nak ajar aku. Okay ja. Cuma mula² bila semban

Penutup 2023

  Nikmat belajar menjadi matang dan dewasa.  Life was so hard (I thought). Check-in hosp, tangguh study, kerja, travel utara - shah alam - johor, ubat dan painkiller, physiotherapy, jumpa manusia yang mengajar erti sabar.  "Adik awak tak kawen lagi?" "Ada boyfriend? Nanti takde siapa nak kat awak, susah nak jaga orang sakit. " " Kau ni menyusahkan je lah." “Jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya tidak terkira sesungguhnya manusia itu sangat zalim lagi engkar.” (Ibrahim: 34) Kalau kita nampak susah, susah lah jadinya, kalau kita nampak kebaikan, senang lah kita rasa. Kita terlalu besarkan rasa susah sampai buta melihat senang yang Allah bagi. Nikmat makan sedap, boleh jalan², kenal orang baru, stay RI lama, pergi usrah, dikelilingi manusia yang menyenangkan hati, dan banyak lagi.  “Dan mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik Perancang” Ali-Imran ayat 54 Mungkin ada impian dan harapan yang tidak tercapai lagi, tapi b

Ma'arij

  Bersabarlah kamu dengan kesabaran yang cantik.   “Saya minta izin ya.” Pegawai perubatan itu lalu mengangkat sebelah kaki ainna yang sedang baring di katil bilik rawatan. “Arghh sakit Dr.” “Nanti awak bawa ini buat x-ray ya” “Awak ni sebenarnya ………….Nanti minggu depan awak datang klinik pakar 2 jumpa Dr………….Awak buat sementara ini jangan buat kerja berat. Jangan lasak sangat.”   “Dr saya penatlah. Saya cuma nak habiskan belajar ja sekarang ni. Kenapa dengan saya ni? Kenapa lemah sangat? Awal tahun hari itu saya didiagnos………………sekarang ni sakit lain pula.” Huhhh, tidak berniat untuk menidakkan takdir Tuhan. Hidup dirasakan semakin sukar. Penat. Selain kepada Tuhanku, aku selesa unutk berkongsi cerita dengan penyeliaku.   “Sabarlah ainna. Tuhan takkan uji hamba-Nya lebih daripada apa-apa yang dia mampu. Sebab you kuat sebab tu Tuhan pilih you untuk uji. I sangat bersyukur you bagitahu I. I tak nak you patah semangat lepas tu you hilang. Sebab you kuat sebab tu you

Daurah Jun (Akhlak dan travel)

  Ketika mendapat perutusan daurah yang meminta kami untuk membawa satu beg sahaja dan PIC transport tidak diperlukan, aku hanya memandang sepi sahaja perutusan itu. Namun di kumpulan Whatsapp Mukhlis, masing-masing seperti sudah mendapat bayangan yang daurah kali ini memerlukan kami travel menggunakan pengangkutan awam. Barangkali tuntutan belajar, kerja dan dakwah yang terlalu banyak menyebabkan aku tidak sempat untuk berasa teruja mahupun gementar untuk daurah kali ini. Batuk yang sudah selama seminggu juga menyebabkan aku tidak berasa apa-apa untuk daurah kali ini. Sebelum memulakan perjalanan, kami dibekalkan dengan surah luqman ayat 12 hingga 19. Pesanan Luqman seorang ayah dan hamba Allah yang soleh untuk anaknya. Terasa hangat sekali apabila Kak Onci memberi perkongsian dan pesanan daripada Luqmanul Haqim. Seolah-olah aku mendapat pesanan ini daripada ayahku sendiri. Surah Luqman menjadi peringatan untuk kami dalam menjaga akhlak sepanjang perjalanan ke tempat daurah. Aku meras

Said bin zaid

بِسۡÙ…ِ  ٱللهِ   ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ   ٱلرَّØ­ِيمِ Sahaja aku menulis kerana Allah Suatu nikmat yang kadang buat kita terlupa untuk bersyukur, yaitu tarbiah. Kuarantin di rumah bersama keluarga, perlunya seorang daie itu mengambil peluang untuk menyuntik nilai-nilai Islam dalam diri setiap ahli keluarga bagi mewujudkan bi’ah solehah. Antara tanda sayang kita pada keluarga adalah dengan menyelamatkan mereka daripada neraka. Apalah guna jika kita di syurga bersenang-lenang tapi keluarga kita di neraka. Nauzubillahi min zalik. Kita bukan sahaja kebaikan pada diri kita bahkan untuk orang lain juga. Dalam petikan buku Al-Muntalaq karya sheikh Ahmad Arrasyid, beliau mengatakan bahawa; ’Jika dakwahi, mulakanlah dengan kaum keluargamu, kerana mereka itu lebih utama dan lebih hampir untuk dinasihati, Allah menyuruh mulai kaum keluarga dan selepas itu, urusan menjadi mudah.’  Kalaulah kita ditakdirkan untuk lahir dalam keluarga yang tidak ditarbiah, yang tidak mengamalkan nilai Islam dalam sehari-hari,

Al-Muntalaq : Disini bermulanya perubahan

بِسۡÙ…ِ   ٱللهِ   ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ   ٱلرَّØ­ِيمِ Sahaja aku menulis kerana Allah Al-Muntalaq : Disini bermulanya perubahan   “Ainna, awak okay ke?” tanya murabbi tika mereka di dalam kereta usai menghantar usrah-mate yang lain. Ainna memandang murabbinya dengan kening bertaut. Pelik.  “ Okay, je kak. Kenapa?” jawab Ainna sambil menganggukkan kepala. “Itu tandanya awak tak okay. Kita ni bila mana kita rasa kita ni okay , tak rasa susah, tak ada apa nak dirisaukan, maksudnya awak tak cukup berbuatlahkan.” Dushhh . Ainna rasa tertampar dengan kata-kata murabbi. Namun, benar apa-apa yang dikatakan murabbi itu. Dia terlalu selesa dengan kehidupan yang ada ini. Ada usrah mingguan, daurah setiap bulan, jaulah, sesekali jumpa akhawat di R.I., ahhh, indah sungguh terasa. Cukup hanya sekadar itu. Ainna takut kalau-kalau dia merasa dia sudah cukup baik. Nauzibillahimin zalik. Selepas mengenali dunia tarbiah, kita sepatutnya tanya pada diri, apa perubahan yang telah kita lakukan? Adakah tarb

Aku inginkan tarbiah

بِسۡÙ…ِ   ٱللهِ   ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ   ٱلرَّØ­ِيمِ Sahaja aku menulis kerana Allah Untuk aku yang sudah lama tidak menulis, untuk aku yang sudah lama pendam rasa ini, dan untuk kamu yang dipilih Allah membaca tulisan ini.   Sudah lama hati ini rindu dengan Tuhanku, Rindu untuk berbicara dengan-Nya, rindu dengan ayat-ayat-Nya yang memujuk, Hati ini begitu damba dengan ketenangan yang pernah dirasai suatu ketika dahulu, hati ini inginkan cinta-Nya,   Benarlah dosa itu menghalang diri meraih cinta-Nya, Itulah yang aku rasakan saat ini, Berkali-kali jatuh tersungkur ke dalam lembah yang hina ini, Tidak aku inginkan berada dalam keadaan seperti ini, Aku tak mahu Tuhanku berpaling dariku, Aku tak mahu Tuhanku tidak inginkanku lagi, Aku tak mahu Tuhanku lupakan aku,   Aku cuba bangkit, Bangkit berlari meninggalkan jahiliyiah, Berlari meninggalkan mereka dan perkara Yang menghalang aku menuju kepada Tuhanku, Namun, langkahku begitu payah sekali, Kakiku